MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TMJ: TERUSKAN MENULIS DAN MENERBIT!!!!

Sejak sebulan dua ni, saya banyak terbaca komentar Encik Tarmizi Mohd Jam. Saya mengikuti tulisan beliau sejak beliau menjadi wartawan Harakah. Banyak juga rencana berkenaan politik tanahair, diulasnya sepanjang menjadi wartawan Dalam Harakah dulu, beliau pernah memimpin sisipan akhbar itu, bernama BICARA UMMAH setebal lapan muka surat. Berbanding sisipan Harakah sekarang yang bernama FIKRAH, ianya jauh lebih baik, lebih tajam kritikannya, lebih berani dan banyak analisis-analisis yang memberikan maklumat dan ilmu kepada para pembacanya.

Apabila saya membelek-belek beberapa laman web pro-reformasi, saya dapati penulis ini sudah banyak memberikan sumbangan rencananya untuk tatapan umum. Macam M.G.G Pillai, yang tak jemu-jemu menulis untuk santapan rohani kita. Ada penulis lain, yang konsisten tetapi menggunakan nama-mana samaran. Ini mengurangkan minat saya untuk mengikutinya dan menjilidkan isu-isu berkenaan dalam disket. Saya lebih suka, penulis yang memang wujud dan ada atas pentas politik negara kita!

Apa yang menarik, tulisan Encik Tarmizi yang banyak mengkritik Umno dan BN, banyak membantu saya untuk mengikuti perkembangan politik tanahair. Saya amat tertarik untuk menyatakan sokongan saya terhadap beliau agar terus menulis dan menerbitkan majalah isu semasa sekalipun mendapat sekatan dari KDN. Saya bersetuju, setelah berjumpa dengan beberapa orang peguam dan pensyarah universiti bahagian kewartawanan ini, memang boleh untuk Encik Tarmizi menulis dan menerbitkan majalah isu kerana ianya adalah majalah tidak berkala.

Saya doakan, beliau akan terus menulis dan menerbit lebih aktif lagi majalah-majalah isu ini ataupun buku-buku politik pada masa depan. Ini kerana penulis politik di negara kita bukannya ramai yang menyokong pembangkang atau yang konsisten. Tengok Yahya Ismail, dulu bukan main sokong Semangat 46 dan PAS. Sekarang buka akhbar BEBAS yang jelas lawan PAS. Begitu juga S.H Alattas, bukan sahaja hentam PAS, Tok guru Haji Hadi, Nik Aziz pun dilanyaknya dalam buku terbarunya itu. Mereka ni, dah mula berjinak dengan Umno balik.

Selain Encik Ahmad Lutfi Osman, Sayuti Omar…siapa lagi? Teruskan perjuangan ini demi untuk anak bangsa kita. Menulis pada ruangan web ini, bukan dapat pulangan. Tapi, inilah sebab saya bagi respon kepada Encik Tarmizi, kerana sanggup menulis, bersengkang biji mata, mentelaah, dan mengarang untuk tatapan orang lain.

Saya tahu, kerja ini bukan senang. Kalau senang, semua orang boleh menulis. Boleh menghantar emel kepada laman-laman pro-reformasi yang banyak ni. Sebab tak dapat duit menulis di ruangan inilah, maka penulis yang ramai menulis di luar tu, enggan menyumbangkan hasil analisis dan kritikan mereka kepada rakyat.

Lebih teruk dari itu, penulis-penulis dalam laman web ini pulak, terdedah kepada kritikan, komen penulis lain, hentaman entah dari mana datangnya, dan kadang-kadang orang menulis tentang BURUK kita dan dibaca oleh orang-ramai yang mengunjungi laman-laman web ini. Konsisten Encik Tarmizi sebagai penulis lama, mungkin dapat membantu mempertahankan stamina menentang tekanan-tekanan yang menimpa seumpama ini. Jangan mengalah, giatkan lagi penulisan cyber ini.
Tahniah sekali lagi. Lawan tetap lawan.

Pak Suhor Haji Mohd Shukor
17 Jun 2000 Kota Bharu, Kelantan


Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com

TheCounter.Com